Tuesday, September 23, 2008

ulasan artikel 'Nurses’ use of the Internet in clinical ward settings'

Artikel ini berkenaan tentang penggunaan internet di wad oleh jururawat. Kajian menunjukkan bahawa jururawat bukan sahaja menggunakkan kemudahan internet yang disediakan di wad untuk kerja semata- mata akan tetapi turut menggunakan kemudahan ini untuk peribadi apabila kerja mereka sudah selesai.

Kemudahan internet ini digunakan untuk menghantar emel yang berkaitan dengan kerja mereka seperti arahan doctor dan lain-lain. Selain itu jururawat juga menggunakan internet untuk mencari maklumat tertentu pesakit dan juga sama ada untuk memasukkan atau mengemaskinikan maklumat pesakit.

Selain daripada itu, jururawat juga menggunakan internet untuk menghantar emel yang tidak
berkaitan dengan kerja, pencarian maklumat sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan kerja. Mereka juga menggunakan internet untuk akses kepada perpustakaan untuk mencari maklumat.

Kesimpulannya, penggunaan internet dalam kalangan jururawat pada masa kini semakin meluas dan dinafikan banyak membantu jururawat dalam melakukan tugasan harian mereka serta memudahkan bagi mereka untuk mencari maklumat tentang pesakit.


http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/fulltext/118779529/PDFSTART

Friday, September 19, 2008

Ringkasan Laman Web

GOOGLE http://www.google.com/

laman web ini saya dapati agak sukar untuk mencari maklumat yang saya ingini kerana sukar untuk saya kecilkan pencarian saya akan tetapi laman web ini mempunyai kelebihan sendiri iaitu saiz laman web ini yang besar. apabila saya type perkara yang ingin saya cari, perkara yang tidak berkenaan dengan apa yang ingin saya cari juga akan keluar. sebab itu kita kena rajin explore kalau hendak menggunakan laman web ini sebagai enjin carian. akan tetapi bergantung la kepada individu itu sendiri.



YAHOO http://www.yahoo.com

ini menrupakan salah satu search engine yang biasa saya gunakan sebelum saya mengenali search engine yang lain. sumber yang ada bagi saya agak terhad kerana tidak semua ada dalam search engine ini. namun begitu, maklumat dalam Yahoo agak tepat berbanding dengan Google.


ASK JEEVES http://www.ask.com/

hemm.. ni adalah kali pertama saya kenal laman web ini dan pada pendapat saya laman web ini sangat sesuai untuk dijadikan search engine kerana pautan idea yang luas, tepat dan banyak pilihan. saya suka search engine ini.


VIVISIMO http://www.vivisimo.com/

laman web baru juga bagi saya. agak sedikit maklumat yang diberikan. saya mencuba laman ini untuk kali pertama dan saya kurang berpuas hati dengan maklumat yang di sediakan.



CLUSTY http://www.clusty.com/

search engine yang baru saya kenali. banyak juga maklumat yang disediakan. mempunyai keunikan tersendiri. tidak sukar untuk mencari maklumat dalam search engine ini.

CARA-CARA MEMBUAT BROSUR


Macam mana nak buat brosur? Senang je. Mula-mula, kita buka microsoft word lepas tu kita klik pada file dan pilih page setup. Pada page setup kita pilih 'lanscape view'. Selepas itu, kita klik pula pada format dan pilih 'columm'. Lepas itu, klik pada 3 columm dan anda bolehlah bermula membuat brosur mengikut kehendak anda..