Tuesday, September 23, 2008

ulasan artikel 'Nurses’ use of the Internet in clinical ward settings'

Artikel ini berkenaan tentang penggunaan internet di wad oleh jururawat. Kajian menunjukkan bahawa jururawat bukan sahaja menggunakkan kemudahan internet yang disediakan di wad untuk kerja semata- mata akan tetapi turut menggunakan kemudahan ini untuk peribadi apabila kerja mereka sudah selesai.

Kemudahan internet ini digunakan untuk menghantar emel yang berkaitan dengan kerja mereka seperti arahan doctor dan lain-lain. Selain itu jururawat juga menggunakan internet untuk mencari maklumat tertentu pesakit dan juga sama ada untuk memasukkan atau mengemaskinikan maklumat pesakit.

Selain daripada itu, jururawat juga menggunakan internet untuk menghantar emel yang tidak
berkaitan dengan kerja, pencarian maklumat sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan kerja. Mereka juga menggunakan internet untuk akses kepada perpustakaan untuk mencari maklumat.

Kesimpulannya, penggunaan internet dalam kalangan jururawat pada masa kini semakin meluas dan dinafikan banyak membantu jururawat dalam melakukan tugasan harian mereka serta memudahkan bagi mereka untuk mencari maklumat tentang pesakit.


http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/fulltext/118779529/PDFSTART

No comments: