Penggunaan perbincangan elektronik banyak membantu sebenarnya.. selain daripada memudahkan perbincangan, ia juga dapat menjimatkan masa dan kos.. jarak juga tidak menjadi masalah kerana sesiapa sahaja asalkan ada internet semua dapat dilakukan... perbincangan elektronik ini juga dapat merapatkan silaturahim antara sesama sendiri.. penggunaan yahoo group sebagai medium untuk berinteraksi memudahkan para pelajar kejururawatn untuk berbincang dengan lebih tentang isu kejururawatan. selain daripada berbincang tentang isu kejururawatan, pertukaran maklumat juga menjadi lebih mudah dan para pelajar lain dapat mengetahuinya dengan mudah. pada pendapat saya, penggunaan yahoo group bagus dan patut diteruskan..
tugasan powerpoint: perancangan tugasan, pemantauan untuk memastikan apa yang dirancanga dibuat, menilai persembahan anda adakah telah mencapai objektif yang dirancang. Seterusnya bincangkan penggunaan perisian persembahan multimedia dalam bidang kejururawatan (sebagai pelajar jururawat dan jururawat terlatih)
dalam tugasan ini saya belajar tentang penggunaan powerpoint secara meluas dan ia banyak membantu dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Contohnya penggunaan powerpoint dalam kelas semasa melakukan pembentangan dan penbentagan tidak lagi menjadi bosan seperti dahulu.. selain itu, penggunaan powerpoint juga membantu saya dalam melakukan projek health promotion saya,, kanak-kanak adalah golongan yang mudah bosan tetapi dengan adanya ilustrasi pada persembahan saya, mereka berasa seronok dan teruja..
tugasan word: merancang membuat brosur dan buku program, melakukan pemantauan sama ada apa yang telah dirancang telah dilaksanakan dan melakukan penilaian terhadap produk yang dihasilkan adalah telah mencapai apa yang telah dirancang. Seterusnya bincangkan penggunaan pemproses perkataan (word) dalam bidang kejururawatan (sebagai pelajar jururawat dan jururawat terlatih)
tugasan word juga membantu dalam melaksanakan projek health promotion saya dimana kami telah membuat satu brosur berkenaan tentang kebersihan tangan untuk diedarkan kepada para ibu- bapa yang hadir semasa sesi health promotion itu dijalankan. Selain itu cara-cara pembuatan buku program juga banyak membantu saya
tugasan pencarian maklumat berdasarkan strategi metaku: merancang maklumat yang dicari, melakukan pemantauan sama ada maklumat yang dicari mengikut perancangan, melakukan penilaian terhadap aktiviti dan tugasan. Seterusnya bincangkan penggunaan pencarian maklumat dalam bidang kejururawatan (sebagai pelajar jururawat dan jururawat terlatih)
program metaku adalah baru bagi saya akan tetapi saya mendapati program banyak membantu dalm mencai maklumat yang lebih tepat dan terprinci. Pada metaku ini saya mengenali beberapa search engine yang sebelum ini saya tidak pernah tahu kewujudannya..antaranya adalah ask.com, cluster.com dan beberapa lagi. Saya juga mendapat tugasan untuk mencari jurnal berkenaan dengan kejururawatan yang terdapat dalam Blackwell snynergy dan membuat ringkasan tentang jurnal ini.
tugasan hamparan/helaian elektronik: bagaimana anda merancang, memantau dan menilai tugasan anda. Seterusnya bincangkan penggunaan perisian hamparan elektronik (excel) dalam bidang kejururawatan (sebagai pelajar jururawat dan jururawat terlatih).
Penggunaan excel membantu saya dalam mengawal perbelnjaan dengan lebih mudah serta membantu saya merancang perbelanjaan saya. Dr siti mengajar tentang cara penggunaan excel untuk belanjawan dan membahagikan tugas.

No comments:
Post a Comment